

Manfaat Kematian
Kami tidak akan membayar manfaat kematian jika tuntutan yang dibuat berlaku akibat daripada bunuh diri oleh Orang Dilindungi dalam tempoh satu tahun dari tarikh mula Jadual Sijil Takaful anda. Pengecualian ini terpakai tanpa mengambil kira keadaan mental Orang Dilindungi.
Manfaat kematian tidak akan dibayar jika tuntutan yang dibuat disebabkan oleh penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undangundang.

Manfaat HUPK
manfaat HUPK tidak boleh dituntut jika tuntutan berlaku percubaan bunuh diri atau kecederaan yang disengajakan atas diri sendiri oleh Orang Dilindungi dan dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan Jadual Sijil Takaful anda. Pengecualian ini terpakai tanpa mengambil kira keadaan mental Orang Dilindungi.

Manfaat HUPK dan Manfaat Kematian
manfaat ini tidak akan dibayar jika tuntutan dibuat kerana Orang dilindungi dengan sengaja terlibat dalam perbuatan yang menyalahi undangundang, atau kegagalan untuk bertindak yang menyalahi undang-undang atau sebarang percubaan yang menyalahi undang-undang.